Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia mungkin kenakan cukai ke atas produk vape selepas Kementerian Kesihatan kaji isu perundangan

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Pencukaian ke atas produk vape boleh dilaksanakan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) selesai meneliti isu perundangan berkaitan bahan tersebut, kata Timbalan Menteri Kewangan Steven Sim Chee Keong.

“KKM sedang meneliti perundangan tersebut dan mungkin ada pengumuman dalam bajet (Belanjawan 2023).

“Jika perundangan tersebut diluluskan, saya menjemput sokongan di sebelah sana (pembangkang) kalau diluluskan, mungkin vape boleh dicukaikan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Rabu (22 Feb). 

Beliau menjawab soalan tambahan Encik Saifulruddin Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang untuk mengenakan cukai vape bagi menambah sumber pendapatan negara.

Menjawab soalan asal Encik Wan Saifulruddin mengenai anggaran kerugian hasil cukai akibat penyeludupan produk tembakau rokok dan produk beralkohol, Sim berkata berdasarkan pengiraan rampasan, kerugian dianggarkan RM353 juta (S$107 juta) pada 2021 dan RM364 juta (S$110 juta) pada 2022. 

“Namun mengikut perkiraan industri dan melalui laporan-laporan yang telah dikemukakan kepada kerajaan, sudah tentu lebih besar lagi dan berkemungkinan mencecah sehingga RM5 bilion (S$1.5 bilion) setahun.

Beliau berkata kerajaan komited dalam mempertingkatkan lagi usaha membanteras penyeludupan rokok dan minuman keras bagi mengekang ketirisan hasil dan menyelesai atau menumpaskan sindiket-sindiket jenayah tersebut.

Menurutnya, pelbagai kaedah kawalan dan penguatkuasaan sudah dilaksanakan bagi menangani isu tersebut antaranya menghadkan aktiviti penghantaran rokok kepada pelabuhan tertentu sahaja, membenarkan penggunaan kontena yang mendapat piawai ISO sahaja dan melarang penggunaan bot-bot kecil termasuk bot jenis kumpit. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan