M'sia mula terima cadangan hidupkan semula projek HSR KL-SG
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: MyHSR Corporation Sdn Bhd (MyHSR Corp) sedang memulakan langkah Pelaksanaan Permintaan Maklumat (RFI) sepenuhnya bagi membolehkan sektor swasta mengemukakan cadangan konsep secara rasmi untuk membangunkan dan mengendalikan projek Kereta Api Kelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) menerusi model perkongsian awam-swasta.
MyHSR Corp dalam satu kenyataan pada Selasa (11 Jul) mendedahkan akan terus membantu kerajaan membuat keputusan termaklum, latihan RFI akan dibuka kepada firma, konsortium tempatan dan antarabangsa untuk mengemukakan cadangan konsep mereka.
“Langkah itu akan membolehkan kerajaan menilai minat dan keupayaan industri untuk membiayai sepenuhnya projek dan pada masa sama menilai keupayaan mereka dengan melihat ke dalam bidang seperti spesifikasi teknikal, kos projek, model komersial dan perniagaan serta konsortium dan rangka kerja tadbir urus,” katanya.
Langkah RFI itu menunjukkan inisiatif kerajaan untuk mengaktifkan semula projek HSR KL-Singapura melalui mekanisme pembiayaan dan model pelaksanaan baharu dalam usaha menambah baik lagi infrastruktur pengangkutan rel dan meningkatkan ekonomi negara.
MyHSR Corp sebelum ini terlibat dengan syarikat swasta terpilih semasa peringkat pengumpulan maklumat awal untuk memahami tahap minat, keupayaan dan keperluan sumber yang diperlukan untuk menjadikan projek itu mampan.
Pengerusi MyHSR Corp Fauzi Abdul Rahman berkata projek HSR KL-Singapura akan membawa manfaat yang besar kepada rakyat khususnya dalam meningkatkan dan mengembangkan kedinamikan ekonomi dari Lembah Klang ke koridor selatan Semenanjung dan akhirnya ke seluruh negara.
“Selain menyediakan pilihan perjalanan baru yang lebih selamat, pantas, cekap dan mampan, projek itu akan membantu kami menyumbang kepada agenda Malaysia MADANI, menjana pertumbuhan jangka panjang dan kelestarian untuk rakyat dan negara,” katanya. .
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MyHSR Corp Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata syarikat itu menggalakkan firma dan konsortium berpengalaman berkaitan untuk mengambil bahagian dalam latihan berkenaan dan berharap dapat menerima minat tinggi dan cadangan berkualiti tinggi yang akan menjadi rujukan penting untuk keputusan kerajaan mengenai cara terbaik untuk projek itu.
“MyHSR Corp kekal komited untuk menyokong kerajaan untuk mengenal pasti penyelesaian paling berkesan untuk memulihkan projek HSR KL-Singapura. Di peringkat global, perkembangan HSR telah terbukti sebagai enjin pertumbuhan, membawa pembangunan dan pertumbuhan pemangkin serta kesan pengganda yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat,” katanya.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.