Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia minta Peguam Negara buat rundingan semula dengan SG berhubung Pedra Branca

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia minta Peguam Negara buat rundingan semula dengan SG berhubung Pedra Branca

Pada 2008, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberi kedaulatan Pedra Branca kepada Singapura. (Gambar fail: CNA/Calvin Seah)

PUTRAJAYA: Kabinet sudah bersetuju agar isu tuntutan Pedra Branca dikaji semula, kata Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim.

Dalam satu sidang media di Bangunan Perdana Putra pada Rabu (14 Dis), Encik Anwar berkata, beliau sudah mengarahkan Peguam Negara Idrus Harun untuk mengadakan rundingan segera dengan Singapura, lapor agensi berita Astro Awani.

Bagaimanapun beliau berkata, rundingan itu perlu dijalankan dengan lebih bermakna supaya tidak timbul sebarang masalah berhubung isu hubungan antara kedua-dua negara.

“Kita minta Peguam Negara untuk memberi penjelasan tentang kontroversi tuntutan Pedra Branca yang sekarang sudah dipindahkan ke Singapura oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan beberapa kesan sampingan."

“Kita juga akan minta diteliti semula supaya ada rundingan yang lebih bermakna segera dengan Singapura supaya tidak ada apa-apa masalah berbangkit dari sudut hubungan dua negara sahabat ini,” katanya lagi, menurut laporan Astro Awani.

Pada 13 Oktober lalu, media melaporkan Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa jemaah menteri sudah bersetuju untuk Malaysia meneruskan tindakan perundangan di ICJ, berkaitan kes kedaulatan Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge.

Keputusan itu dicapai setelah mendengar laporan pembentangan dan cadangan daripada Pasukan Petugas Khas Semakan Undang-Undang Kes Kedaulatan Pedra Branca, Middle Rocks dan South Ledge pada 7 Oktober lalu.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan