Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia minta EU jelaskan isu Jerman tidak iktiraf vaksin Sinovac

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia minta EU jelaskan isu Jerman tidak iktiraf vaksin Sinovac

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Malaysia Khairy Jamaluddin. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mendapatkan penjelasan daripada Kesatuan Eropah (EU) berhubung laporan mengatakan dua rakyat Malaysia diusir dari Jerman kerana negara anggota EU itu tidak mengiktiraf vaksin Sinovac.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, memaklumkan pihak beliau akan berhubung dengan Kedutaan EU untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian itu, lapor BH Online.

Pada masa sama, beliau memaklumkan, rakyat Malaysia boleh memohon untuk mendapatkan suntikan vaksin tambahan jika perlu, khususnya untuk melawat negara tertentu.

"Saya akan berhubung dengan duta EU untuk mendapatkan penjelasan berkenaan perkara itu. Namun, dalam dasar kita dan ciri MySejahtera, sebenarnya rakyat Malaysia boleh meminta dos tambahan untuk tujuan pengembaraan jika mereka mahu. Mereka boleh minta dan kita akan pertimbangkan," kata Menteri Kesihatan Malaysia itu seperti dinukil BH Online.

"Namun, dari segi penerimaan Sinovac, tiada masalah di Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS)," tambahnya pada sidang media, di Kuala Lumpur pada Khamis (24 Mac).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan media pada Rabu (23 Mac), mengenai dua rakyat Malaysia yang menerima vaksin primer Sinovac dan dos penggalak Pfizer, diusir dari Jerman kerana negara itu tidak mengiktiraf vaksin keluaran syarikat China berkenaan.

Mengulas pengiktirafan sijil vaksinasi dalam MySejahtera, Khairy memaklumkan, EU akan menyenaraikan MySejahtera sebagai antara aplikasi yang diiktiraf negara anggota itu, lapor BH Online.

"Saya dimaklumkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) semalam, bahawa EU akan menyenaraikan MySejahtera sebagai aplikasi yang diterima oleh sistem yang diguna pakai di EU. Ini akan diumumkan dalam masa terdekat," kata beliau.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan