Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia masuki 'fasa peralihan ke endemik' dengan pembukaan sempadan

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia masuki 'fasa peralihan ke endemik' dengan pembukaan sempadan

(Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 01 Apr 2022 05:59PM Dikemas Kini : 01 Apr 2022 06:01PM

MALAYSIA: Dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa, Malaysia secara rasmi memasuki fasa peralihan ke endemik.

Ini akan menyaksikan perniagaan 24 jam seperti restoran dan kedai runcit kembali beroperasi seperti sebelum pandemik COVID-19.

Sekatan sebelum ini menghadkan waktu operasi hingga tengah malam saja.

Solat berjemaah di masjid-masjid dan kegiatan berkumpulan di tempat ibadat yang lain juga tidak lagi perlu mematuhi jarak selamat.

Ramai warga Malaysia mengalu-alukan langkah itu menjelang bulan Ramadan nanti.

Pemakaian pelitup di tempat awam dan penggunaan aplikasi MySejahtera bagaimanapun kekal wajib.

Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin berkata sistem jagaan kesihatan awam mampu menguruskan gelombang jangkitan Omicron sekarang.

Namun begitu, beliau menggesa warga Malaysia untuk terus berwaspada dan mematuhi langkah pengurusan selamat sedia ada bagi membendung penularan meluas sekali lagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan