Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia masih di bawah kerajaan sementara, kata Ismail Sabri

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia masih di bawah kerajaan sementara, kata Ismail Sabri

Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob. (Gambar fail: Bernama)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan pimpinannya kekal sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker government’ dan begitu juga Kabinetnya yang kekal sebagai ‘caretaker Cabinet’.

“Jadi rakyat jangan keliru, seolah-olah sekarang ini tidak ada kerajaan, kerajaan lama masih kekal sebagai kerajaan sementara atau ‘caretaker government.’

“Malah Kabinet yang lepas pun masih berfungsi sebagai ‘caretaker Cabinet’ kecuali mereka yang tidak bertanding ataupun kalah dalam pilihan raya, mereka mungkin tidak boleh menjawat jawatan menteri seperti dahulu sebab dia bukan ahli parlimen lagi,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur pada Selasa (22 Nov).

Encik Ismail Sabri berkata satu sesi sidang khas parlimen akan diadakan bagi membentangkan bajet khas untuk membayar gaji penjawat awam sebelum 31 Disember, jika masih tiada kerajaan dibentuk dalam masa terdekat.

Sehubungan itu beliau berkata para penjawat awam tidak perlu bimbang kerana gaji mereka tetap akan dibayar. Encik Ismail Sabri turut menjelaskan bahawa sesi sidang khas itu akan dilaksanakan secara ringkas tanpa ada sesi perbahasan.

“Ia perlu dibentang sebelum hujung Disember untuk bayaran gaji Januari. Ia akan dibentang dan dilulus sebulat suara,” katanya.

Sumber : Bernama/ZM/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan