Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia mahu tingkatkan lagi hubungan dengan SG, kata PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia mahu tingkatkan lagi  hubungan dengan SG, kata PM Anwar

Gambar: BERNAMA

Diterbitkan : 25 Nov 2022 05:45PM Dikemas Kini : 25 Nov 2022 05:46PM
KUALA LUMPUR:Malaysia akan bekerjasama dengan Singapura untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara.

Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim berkata demikian menerusi catatannya di akaun Twitter.

Kenyataan beliau itu sebagai membalas dan mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang sebelum itu mengucapkan tahniah kepada beliau atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri ke-10.

Encik Anwar berkata sebagai jiran rapat dan rakan kongsi ASEAN, Malaysia dan Singapura turut berkongsi banyak persamaan.

“Thank you PM @leehsienloong for the telephone call and warm wishes. As close neighbours  and partners in ASEAN, Malaysia and Singapore also share many commonalities, intertwined history and very close and active people-to-people connections."

Selain itu, Malaysia dan Singapura juga kata beliau berkongsi sejarah yang saling berkaitan serta hubungan rakyat yang rapat dan aktif.

Encik Anwar turut menzahirkan harapan dapat bertemu dengan PM Lee secepat mungkin dan bekerjasama untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala Malaysia-Singapura.

Encik Anwar, 75 tahun, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Agong pada Khamis (24 Nov).
Sumber : Bernama/LL/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan