M'sia lapor 3,251 kes baru COVID-19
Jumlah keseluruhan kes pulih COVID-19 di Malaysia kini 2,711,900 selepas 3,161 lagi kes sembuh dicatatkan sehingga 12.00 tengah hari ini (8 Jan), menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Gambar: AFP
KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan kes pulih COVID-19 di Malaysia kini 2,711,900 selepas 3,161 lagi kes sembuh dicatatkan sehingga 12.00 tengah hari ini (8 Jan), menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Dalam kenyataannya hari ini, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 3,251 kes baru COVID-19 dicatatkan, menjadikan jumlah terkumpul kes kini 2,783,331.
“Daripada 3,251 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 58 kes atau 1.8 peratus adalah kategori tiga, empat, lima manakala 3,193 kes atau 98.2 peratus lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua.
“Sebanyak 243 kes pula memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 113 kes yang memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.
Mengenai kadar kebolehjangkitan (Rt), Dr Noor Hisham berkata negara kini melaporkan nilai 0.96 dengan Labuan mencatatkan nilai tertinggi iaitu 1.15 dan 1.06 pula direkodkan di Sabah.
Sementara itu, mengenai keadaan semasa banjir setakat 3.00 petang Sabtu, beliau berkata satu kes baru positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes 466.
“Sebanyak 43 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir pada hari ini, iaitu 35 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI), penyakit kulit (satu) dan Acute Gastroenteritis (AGE) (tujuh), “ katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.