Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia kutuk keras serangan Israel di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan terbaru Israel di Gaza yang meragut nyawa warga Palestin, termasuk kanak-kanak, tegas Menteri Luar negara itu Saifuddin Abdullah. 

Dalam kenyataannya pada Sabtu (6 Ogos), Encik Saifuddin berkata Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa agar mengenakan  tekanan  terhadap  Israel untuk serta-merta menghentikan  pencabulan dan kekerasan terhadap warga Palestin. 

"Kekejaman terbaru Israel ini secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai prinsip kemanusiaan.

"Masyarakat antarabangsa harus mengecam Israel atas serangan provokasi dan dasar aparteid terhadap hak asasi, kehidupan, mata pencarian dan maruah warga Palestin pelbagai agama di tanah mereka sendiri. Tidak sepatutnya berpihak  dalam menghuraikan konflik," kata Encik Saifuddin. 

Sekurang-kurangnya 11 warga Palestin tebunuh, manakala lagi 80 cedera dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Israel di Carikan Gaza pada Jumaat (5 Ogos). 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan