Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia komited banteras Islamofobia

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Malaysia tidak akan membenarkan Islamofobia berterusan kerana ia akan menjadikan negara itu bersuhabat dalam pencabulan hak asasi manusia.

Menteri Luar Malaysia Zambry Abd Kadir berkata umat Islam seharusnya mempunyai hak untuk menganut agama mereka tanpa perlu takut kepada diskriminasi, penganiayaan dan intimidasi.

Hak untuk mempercayai dan mengamalkan agama seseorang termaktub dalam undang-undang antarabangsa sebagai hak asasi manusia.

“Kita menafikan hak saudara dan saudara Muslim kita untuk menyatakan pegangan mereka dengan bebas dan mengamalkan agama mereka tanpa rasa takut akan pembalasan."

"Saya amat bimbang kerana ketiadaan tindak balas yang kuat dan bersatu daripada dunia Islam untuk memerangi Islamofobia. Sesungguhnya sikap mendiamkan diri yang melingkungi kita adalah trend yang membimbangkan."

“Bersama-sama, dunia Islam mempunyai sumber yang besar yang boleh digunakan namun terdapat kekurangan strategi holistik untuk menggerakkan sumber-sumber ini untuk mewujudkan perubahan yang boleh memberi kesan,” katanya semasa menyampaikan ucapan alu-aluan pada Forum Antarabangsa Islamofobia: Penglibatan Bermakna melalui Wacana MADANI.

Beliau berkata punca Islamofobia terletak pada maklumat yang salah, oleh itu ia sering dikaitkan dengan isu sosial dan politik yang lebih luas seperti xenofobia, perkauman dan sentimen anti-pendatang yang juga didorong oleh kekurangan maklumat yang tidak berat sebelah.

"Menangani isu ini adalah penting dalam membina semula toleransi dan menghormati semua lapisan masyarakat. Dengan berbuat demikian, kita memenuhi kewajipan kita untuk menegakkan hak asasi manusia sambil membina masyarakat yang lebih inklusif dan saksama,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata Malaysia akan terus memainkan peranan utama menerajui agenda Malaysia MADANI dalam mempromosikan prinsip Islam dan memerangi Islamofobia di peringkat antarabangsa.

“Melalui nilai dan prinsip yang dipertahankan oleh Malaysia MADANI, ia akan mengembalikan kepercayaan Malaysia dalam kalangan umat Islam,” katanya.

Konsep Malaysia MADANI diperkenalkan Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim pada 19 Januari lalu, berteraskan enam tonggak iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan.
Beliau menambah komitmen tidak berbelah bahagi Wisma Putra untuk memerangi Islamafobia di peringkat global bersama-sama penggerak utama yang lain seperti Muktamar Islam (OIC) akan terus kukuh.

“Islamofobia hanya boleh ditangani jika semua pihak bekerjasama untuk memeranginya. Kita mesti bersuara menentang prejudis dan ketidakadilan, menyokong saudara Islam kita dan bersama mereka dalam perpaduan,” katanya.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan