M'sia kecam tindakan bakar al-Quran di Denmark
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan. (Gambar: GR Stocks/Pexels)
PUTRAJAYA: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya perbuatan keji membakar al-Quran di Denmark pada 24 Mac dan 31 Mac.
Menurut Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) dalam satu kenyataan pada Isnin (3 Mac), perbuatan keji itu bukan kali pertama dilakukan di Denmark pada tahun ini.
Di sebalik bantahan dan kecaman yang disuarakan oleh umat Islam di seluruh dunia, kerajaan Denmark dilihat masih enggan menghentikan perbuatan yang sama sekali tidak boleh diterima itu.
“Perbuatan Islamofobia yang dilakukan pada Ramadan ketika umat Islam dituntut untuk bersabar itu disifatkan bertujuan menyebarkan kebencian dan hasutan untuk keganasan,” menurut kenyataan itu.
Malaysia menggesa kerajaan Denmark mengambil tindakan serius terhadap pelaku dan tidak menganggap tindakan keji itu sebagai kebebasan bersuara.
Selain itu, Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa supaya berusaha sebaik mungkin bagi memastikan kitab suci agama dihormati dan dilindungi sepenuhnya.
Ia juga menggesa supaya mengambil tindakan yang signifikan untuk memerangi Islamofobia dan menggalak kehidupan yang harmoni, aman serta damai dalam kalangan rakyat yang berbeza agama selaras dengan Hak Asasi Manusia.
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, terdapat tokoh atau kumpulan Islamofobia di utara Eropah dan negara-negara Nordik, terutamanya di Denmark dan Sweden yang bertindak membakar al-Quran atau merancang untuk melakukannya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.