M'sia kecam penindasan berterusan Israel ke atas warga Palestin
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Anwar Ibrahim)
KUALA LUMPUR: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya kempen penindasan yang ganas dan tanpa henti oleh rejim Israel ke atas warga Palestin, terutamanya terhadap para tahanan dari Jenin di Tebing Barat.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan pada Khamis (2 Feb) menekankan ia termasuk penindasan dalam beberapa penjara di kawasan diduduki Israel selain daripada hukuman secara pukul rata dan tindakan balas.
“Malaysia menyeru kepada semua pemimpin dunia supaya berfikiran wajar dan mereka yang merdeka supaya mengutuk pembunuhan warga Palestin oleh pihak berkuasa Israel, katanya.
Encik Anwar berkata Malaysia juga menggesa masyarakat antarabangsa supaya memastikan rejim Israel bertanggungjawab ke atas jenayah ini dan meminta rejim itu menghentikan serta-merta tindakan yang kejam dan ganas.
Selain itu, Malaysia menzahirkan simpati, takziah dan doa kepada keluarga-keluarga warga Palestin yang maut dan cedera dalam pencerobohan tentera Israel dalam serangan ke atas satu khemah pelarian di Jenin baru-baru ini.
Beliau juga menekankan Malaysia terus bersatu padu dengan warga Palestin dan mengukuhkan sokongan tidak berbelah-bagi kepada mereka dan perjuangan untuk mencapai kebebasan daripada pendudukan haram Israel dan aspirasi mereka untuk membentuk sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka berdasarkan sempadan pra-1967 dengan Baitulmukaddis Timur sebagai ibu kotanya.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.