M'sia kaji lokasi bangun stesen minyak tanpa subsidi di JB
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
JOHOR BAHRU: Kerajaan Negeri Johor sedang mengkaji lokasi sesuai bagi membangunkan stesen minyak tanpa subsidi di daerah tersebut, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub.
Beliau berkata kajian terperinci perlu dibuat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), memandangkan Johor bersempadan dengan Singapura dan banyak kenderaan dari negara itu mengisi petrol di bandar raya tersebut.

"Menerusi projek rintis di dua stesen minyak tanpa subsidi yang dibuka di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis, ia dapat menjimatkan hampir RM6 juta (S$1.7 juta) peruntukan subsidi minyak kerajaan.
"Di Johor Bahru ini, kita sedang buat kajian terperinci kalau ada tempat sesuai, kita akan buka untuk mengelakkan atau meminimumkan aktiviti pembelian minyak bersubsidi (oleh kenderaan asing)," katanya kepada wartawan selepas Majlis Pelancaran iTTV e-Learning Rahmah di Kempas pada Sabtu (24 Jun).
Pada 18 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata KPDN kini di peringkat akhir untuk memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi di beberapa negeri lain selepas projek rintis dilaksanakan di Perlis.
Encik Ahmad Zahid dipetik berkata KPDN sedang peringkat akhir memuktamadkan pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi terutamanya di Kelantan dan akan disusuli dengan Kedah, Perak, Sarawak, Sabah dan Johor.
Sementara itu, Encik Salahuddin turut mengingatkan bahawa kenderaan berpendaftaran asing tidak dibenarkan mengisi petrol bersubsidi RON95 termasuklah mengisikannya ke dalam tong untuk kegunaan kenderaan lain kerana subsidi petrol hanya diberikan kepada rakyat Malaysia.
"Berhubung kes tular melibatkan warga Singapura mahu membeli bahan api itu, bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia tidak sempat membelinya. Alasan diberi iaitu untuk kegunaan go-kart… saya sedang menunggu laporan daripada KPDN Johor, jika pemilik stesen melakukan kesalahan, mereka boleh didakwa mengikut undang-undang," katanya.
Pada Jumaat (23 Jun), Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Rahmat Ariffin dilapor berkata pihaknya membuka satu kertas siasatan berhubung kes pertengkaran mulut melibatkan seorang penghantar makanan dan dua lelaki warga asing di sebuah stesen minyak di Iskandar Puteri, pada 16 Jun lepas.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.