Skip to main content

Dunia

M'sia harap Saudi benar jemaah luar negara tunai ibadah haji tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia harap Saudi benar jemaah luar negara tunai ibadah haji tahun ini

Jemaah di Masjidil Haram pada 31 Disember 2021. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Jan 2022 04:02PM

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Malaysia berharap Arab Saudi akan membenarkan pelaksanaan ibadah haji oleh jemaah luar negara tahun ini, walaupun dunia berdepan dengan ancaman varian baru COVID-19, Omicron.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan kerajaan Arab Saudi selewat-lewatnya Februari ini bagi membincangkan hal-hal berkaitan termasuk pengekalan kuota seramai 30,000 jemaah setiap tahun.

"Setakat pertemuan awal dengan kerajaan Arab Saudi Disember lepas, ibadah haji untuk tahun ini masih dibenarkan dan mereka pun tidak berhasrat untuk tutup.

"Kita harap soal COVID-19 tidak menjadi penyebab Arab Saudi sekat atau tutup kemasukan jemaah. Setakat ini, Arab Saudi hanya laksanakan semula penjarakan antara saf bagi mengawal jangkitan," katanya semasa Konvensyen Pendidikan Islam Terengganu 2021 di Taman Tamadun Islam yang turut dihadiri Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini.

Bagi musim Haji 1442 Hijrah/2021, Arab Saudi menghadkan ibadah haji hanya untuk rakyatnya dan golongan ekspatriat yang berada di negara itu kerana pandemik COVID-19 belum reda.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita