M'sia harap pelawat dari China dapat rancakkan industri pelancongan
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Malaysia berharap kembalinya pelawat dari China akan membantu merancakkan industri pelancongan negara itu.
Malaysia masih bergelut dengan cabaran untuk pulih daripada sekatan COVID-19 dan kini menyasarkan lima juta pelawat dari China tahun ini.
Namun, sasaran berkenaan mungkin terjejas disebabkan kos perjalanan lebih tinggi serta kurangnya penerbangan yang disediakan.
Lantaran itu, Malaysia berusaha sedaya mungkin untuk mencapai sasaran 16 juta pelancong ke negara itu tahun ini.
LALUAN CHINA-M'SIA PERLU DIPERBAIKI
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia Tiong King Sing berkata beliau menjangkakan lebih ramai pelancong dari China ke negara tersebut mulai Julai iaitu semasa cuti musim panas.
"Sebelum COVID-19, kami menerima 3.1 juta pengunjung dan tahun ini kami cuba mendapatkan lima juta," ujar beliau.
Baru-baru ini, 450,000 pelancong dari China sudah bersedia ke Malaysia selepas perjanjian-perjanjian dimeterai dengan dua agensi pelancongan.
Pun begitu, Encik Tiong berkongsi bahawa masih ada beberapa masalah yang perlu dihuraikan.
Beliau berkata: "Tempat duduk adalah satu isu, keterhubungan juga adalah satu isu dan kami cuba menambah jadual penerbangan. Pada masa yang sama, kami cuba mendapatkan jadual penerbangan. Jadi berikan kami masa untuk menguruskannya."
Buat masa ini, ada 81 penerbangan setiap minggu ke Malaysia dari pelbagai bandar di China.
Jumlah itu bagaimanapun tidak cukup kerana Malaysia perlu menambah kapasiti dan kekerapan sekurang-kurangnya tiga kali ganda untuk mencapai sasaran berkenaan.
PERNIAGAAN MUNGKIN BERDEPAN DENGAN CABARAN
Meskipun Malaysia menjangkakan jumlah pelancong dari China melonjak lewat tahun ini, kebanyakan perniagaan di Malaysia berdepan dengan cabaran kakitangan serta kenaikan kos.
Presiden Majlis Pelancongan & Persatuan Perjalanan Dalam Negeri Malaysia Uzaidi Udanis berkata: "Penerbangan khas lebih mahal. Jadi siapa yang perlu menanggung kos itu? Jadi kemungkinan besar kerajaan negeri perlu menggalak penerbangan "charter" untuk terbang langsung ke negeri masing-masing."
Sementara itu, Encik Tiong berjanji akan memudahkan proses permohonan visa termasuk memperkenalkan Visa Ketibaan bagi pelancong dari China dan India.
Beliau juga sedang bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri untuk melonggarkan kriteria bagi golongan pesara dan individu bernilai tinggi menjadikan Malaysia tempat tinggal kedua mereka.
Sungguhpun demikian, kebanyakan pemain industri berharap kerajaan boleh melakukan lebih banyak lagi untuk membantu mengurangkan kos memulakan perniagaan yang sudah meningkat sebanyak 30 peratus secara purata.
"Berbanding dengan tempoh sebelum pandemik, kami perlu membayar lebih bagi kakitangan, elektrik, bil api air dan sewa. Ia bukan lagi sekadar satu isu kekurangan pekerja. Ada pekerja dalam pasaran tetapi masalahnya kurang pengurusan dan pekerja berkemahiran," kongsi Pengasas Mingli Guesthouse & Cafe Ng Sin Leong.
Lantaran itu, Malaysia perlu mempercepatkan pemulihan sektor penerbangan, perhotelan dan pengangkutan jika ia mahu mencapai sasaran menjana pendapatan bagi sektor pelancongan sebanyak AS$11 bilion (S$14.7 bilion) tahun ini.

Sumber : CNA/RU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.