Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia hantar wakil khas ke India; sampaikan pandangan berhubung kenyataan hina Nabi Muhammad

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia hantar wakil khas ke India; sampaikan pandangan berhubung kenyataan hina Nabi Muhammad

(Gambar: Munir Uz Zaman/AFP)

Diterbitkan : 20 Jun 2022 08:11AM Dikemas Kini : 20 Jun 2022 08:11AM

KUANTAN: Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob sudahpun menghantar wakil khasnya untuk bertemu Perdana Menteri India Narendra Modi bagi menyampaikan sendiri pandangan Malaysia terhadap isu menghina Nabi Muhammad SAW kepada pemerintah negara itu.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata langkah tersebut diambil selain tindakan kementeriannya yang telah memanggil Pesuruhjaya India di Kuala Lumpur ke Wisma Putra bagi menyampaikan nota bantahan berkaitan hal itu pada 7 Jun lalu.

"Setakat ini difahamkan utusan khas berkenaan belum dapat lagi mengadakan pertemuan secara rasmi dengan Perdana Menteri India. Perdana Menteri mengambil tindakan itu supaya pandangan kita dapat disampaikan sendiri ke pihak tertinggi pemerintah India," katanya di sidang media selepas menghadiri Program Twenty's Talk Hi-Tea pada Ahad (19 Jun). 

Mengulas lanjut, Encik Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata tindakan diambil oleh pemerintah India terhadap isu berkenaan bagaimanapun dilihat cepat apabila dua ahli politik Parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad SAW sudah dilucutkan jawatan dalam pemerintah.

"Saya telah hadir pada Mesyuarat Khas Menteri Luar ASEAN-India pada 16 Jun lepas dan keesokannya saya hadir mesyuarat dua hala dengan Menteri Luar India Dr Subrahmanyam Jaishankardi dan saya sempat sampaikan pandangan kerajaan Malaysia tentang isu ini.

"Beliau (Dr Subrahmanyam) mengatakan penghinaan dilakukan tidak melambangkan pendirian India dan kami bersetuju kedua-dua belah pihak perlu mencari jalan agar dapat diselesaikan dengan cara lebih baik jika berulang pada masa hadapan," katanya.

Baru-baru ini, dua jurucakap BJP yang mentadbir India mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aisyah RA.

Perkara itu membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia, terutama di Timur Tengah yang mengutuk tindakan itu sehingga terdapat pusat beli-belah yang memunggah keluar produk India daripada rak jualan.

Sumber : Bernama/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa