M'sia gesa negara berkuasa jamin keamanan serantau, bebas senjata nuklear
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Bernama)
JAKARTA: Malaysia mahu negara kuasa besar berkerjasama memastikan rantau ini kekal aman dan terus bebas daripada ancaman senjata nuklear melalui platform ASEAN.
Menteri Luar Malaysia Dr Zambry Abd Kadir berkata dialog dan kerjasama penting bagi memastikan rantau ini stabil dan makmur di tengah kemelut geopolitik yang semakin meruncing.
“Saya telah mendesak kuasa-kuasa besar agar menangani perbezaan pendapat di kalangan mereka secara sihat dan bertanggungjawab termasuk melalui mekanisme yang diterajui ASEAN seperti ASEAN Outlook on the Indo-Pacific (AOIP),” katanya dalam sidang media.
Beliau turut menggesa negara-negara bersenjata nuklear segera menandatangani dan meratifikasi Protokol kepada Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ).
Menurutnya, China sudah menyatakan kesediaan untuk menandatangani dan meratifikasi protokol SEANWFZ tanpa pengecualian.
Negara-negara bersenjata nuklear seperti United Kingdom, Rusia dan Amerika Syarikat juga menyatakan kesediaan mereka untuk berbincang dengan ASEAN berhubung perkara tersebut.
Beliau turut mengutuk sekeras-kerasnya pelancaran peluru berpandu oleh Korea Utara yang berulang kali termasuk pada Rabu (12 Jul) hingga mengancam keamanan antarabangsa, serta menggesa program nuklear dan peluru berpandunya dihentikan serta-merta.
Encik Zambry tiba di Jakarta pada Selasa (11 Jul) untuk menghadiri 17 mesyuarat antara ASEAN dan rakan-rakan luar ASEAN termasuk Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri ASEAN ke-56, Mesyuarat Menteri-menteri Luar Negeri Sidang Kemuncak Asia Timur, dan Forum Serantau ASEAN.
Kesepakatan yang dicapai dalam mesyuarat yang berakhir semalam dimuktamadkan di dalam Kenyataan Bersama yang disiarkan.
Mengenai isu Laut China Selatan, Zambry menyatakan isu-isu berkenaan perlu ditangani secara damai dan rasional menerusi dialog dan rundingan menggunakan saluran diplomatik.
Beliau kecewa apabila pendirian ASEAN mengenai isu Laut China Selatan tidak diambil kira oleh Mesyuarat Menteri-menteri Pergerakan Negara-negara Berkecuali di Azerbaijan baru-baru ini.
Rakan-rakan dialog ASEAN adalah Amerika Syarikat, Australia, China, India, Jepun, Kanada, Kesatuan Eropah (EU), New Zealand, Korea Selatan, Rusia dan United Kingdom.
Encik Zambry berkata pendirian Malaysia pada mesyuarat kali ini berlandaskan dasar ‘Masyarakat Madani’, selaras usaha kerajaan menterjemahkan nilai-nilai Madani di dalam pembinaan Komuniti ASEAN.
“Malaysia, yang akan mempengerusikan ASEAN 2025 akan terus mengekalkan momentum yang positif ini dan memastikan bahawa suara Malaysia terus lantang di persada antarabangsa,” katanya.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.