Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia gesa ASEAN semak semula pelan damai Myanmar

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia gesa ASEAN semak semula pelan damai Myanmar

Gambar: Institut Penyelidikan Ekonomi untuk ASEAN dan Asia Timur

NEW YORK: Negara-negara Asia Tenggara mesti memutuskan sama ada mereka akan meneruskan pelan damai Konsensus Lima Perkara yang gagal setakat ini atau "menentukan apakah langkah seterusnya" sebelum para pemimpin negara-negara tersebut bersidang pada November, kata Menteri Luar Malaysia Saifuddin Abdullah pada Isnin (19 Sep).
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)yang turut dianggotai oleh Myanmar sudah menjalankan pelbagai usaha perdamaian.

"Antara sekarang dan Sidang Puncak ASEAN pada November, ASEAN mesti menyemak semula pelan damai Konsensus Lima Perkara jika ia masih relevan dan sama ada ia perlu digantikan dengan sesuatu yang lebih berkesan," kata Encik Saifuddin.

"Apabila kami bersidang pada November, kita mesti menanyakan soalan yang sukar itu dan kita mesti ada jawapannya pada masa itu."

Bercakap kepada para wartawan di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Encik Saifuddin juga berharap agar Majlis Keselamatan PBB seramai 15 anggota tidak akan mengecewakan rakyat Myanmar.

Majlis Keselamatan PBB sedang mempertimbangkan huraian - yang diedarkan pada Jumaat - yang akan menuntut semua keganasan dihentikan di Myanmar, di samping menggesa pemindahan senjata ke Myanmar segera dihentikan dan mengenakan sekatan PBB jika gesaan itu tidak dipatuhi.

Majlis Keselamatan PBB juga akan menggesa junta Myanmar supaya membebaskan semua tahanan politik termasuk Aung San Suu Kyi, di samping melaksanakan pelan damai ASEAN dan membenarkan peralihan demokrasi.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan