Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia geledah kapal China disyaki curi bangkai kapal Perang Dunia II

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia geledah kapal China disyaki curi bangkai kapal Perang Dunia II

Gambar-gambar dan video yang dikongsi oleh pengawal pantai menunjukkan beberapa besi buruk dan juga peluru meriam lama serta kren besar dan obor gas yang digunakan untuk memotong besi di atas kapal. (Gambar: AFP/MALAYSIAN MARITIME ENFORCEMENT AGENCY/Handout)

KUALA LUMPUR: Pengawal pantai Malaysia hari ini (30 Mei) menyatakan bahawa pihak berkuasa sedang menyoal anak kapal sebuah kapal China yang ditahan kerana disyaki mencuri bangkai kapal Perang Dunia II milik British.

Para pegawai menemui peluru meriam yang belum meletup sebaik sahaja menaiki kapal dengan nombor pendaftaran China itu, yang ditahan atas kesalahan bersauh tanpa kebenaran pada hujung minggu lalu, menurut Pengarah Maritim Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria.

"Siasatan kami sekarang tertumpu kepada dari mana peluru-peluru meriam ini berasal. Sekarang ini, kami mengerahkan para pegawai berbilang agensi untuk menggeledah kapal besar ini," beliau memberitahu AFP.

Encik Hizam berkata kapal yang datang dari bandar Fuzhou itu membawa 32 anak kapal, yang terdiri daripada 21 warga China, 10 warga Bangladesh dan seorang rakyat Malaysia - sebahagiannya ditahan polis bagi siasatan.

"Kes ini juga melibatkan penemuan bahan-bahan letupan," tambah beliau.
Gambar-gambar dan video yang dikongsi oleh pengawal pantai menunjukkan beberapa besi buruk dan juga peluru meriam lama serta kren besar dan obor gas yang digunakan untuk memotong besi di atas kapal. (Gambar: AFP/MALAYSIAN MARITIME ENFORCEMENT AGENCY/Handout)
Seorang pegawai maritim yang enggan namanya didedahkan memberitahu AFP bahawa besi-besi buruk dan peluru meriam yang ditemui mungkin berasal daripada dua kapal perang British yang sudah karam.

Gambar-gambar dan video yang dikongsi oleh pengawal pantai menunjukkan beberapa besi buruk dan juga peluru meriam lama serta kren besar dan obor gas yang digunakan untuk memotong besi di atas kapal.

Peluru-peluru tersebut juga mungkin berkait dengan penemuan kelengkapan yang masih belum dari era Perang Dunia II di Jeti di Johor pada 19 Mei, menurut agensi maritim dalam satu kenyataan pada Isnin (29 Mei).

Encik Nurul Hizam berkata agensi maritim tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang kegiatan pengambilan secara haram barangan daripada peraiaan Malaysia.

"Khazanah negara kita mesti dilindungi dan dipelihara," tegas beliau, sambil menyifatkan perbuatan mencuri sebagai "tindakan tidak bertamadun.

Ratusan kelasi British maut apabila kapal HMS Prince of Wales dan HMS Repulse diserang pesawat Jepun di perairan Laut China Selatan.

Serangan pada 10 Disember 1941 itu berlaku tiga hari selepas Jepun menyerang kapal Amerika Syarikat di Pearl Harbor, Hawaii.

Kementerian Pertahanan Britain mengutuk keras "perbuatan mencemari" perkuburan tentera maritim selepas laporan-laporan bahawa terdapat pihak yang menyasarkan bangkai dua kapal Perang Dunia II, menurut BBC pada Sabtu (27 Mei).

Akhbar New Straits Times Malaysia pula melaporkan beberapa minggu kebelakangan ini bahawa terdapat pihak-pihak yang mengendalikan kegiatan mengambil secara haram yang menyasarkan aluminium dan barang-barang loyang gred tinggi daripada kedua-dua kapal perang tersebut.
Sumber : CNA/NK/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan