Skip to main content

Dunia

M'sia dijangka akan umum longgarkan SOP COVID-19, dedah Khairy Jamaluddin

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia dijangka akan umum longgarkan SOP COVID-19, dedah Khairy Jamaluddin

(Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Diterbitkan : 25 Apr 2022 07:32AM Dikemas Kini : 25 Apr 2022 08:18AM

PORT DICKSON: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangka akan mengumumkan kelonggaran beberapa prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 pada Rabu ini (27 Apr), kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata perancangan KKM itu sudah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

"Saya sudah maklumkan kepada Perdana Menteri tentang perancangan KKM, nanti hari Rabu saya akan umumkan," katanya kepada para pemberita pada Ahad (24 Apr). 

Sebelum ini, media melaporkan Perdana Menteri berkata terdapat tiga pelonggaran SOP yang akan diumumkan dalam masa terdekat berkaitan pemakaian pelitup, penggunaan imbasan MySejahtera serta ujian pengesanan COVID-19 di lapangan terbang.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita