Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia derma RM50,000 kepada Yayasan Pusat Islam Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
BANGKOK: Malaysia menderma RM50,000 (S$15,045) kepada Yayasan Pusat Islam Thailand bagi menyokong pembangunan masyarakat Islam di Thailand.

Duta Besar Malaysia ke Thailand Jojie Samuel menyerahkan sumbangan bagi pihak kerajaan kepada Naib Presiden Yayasan Pusat Islam Thailand, Profesor Dr Jaran Maluleem di pusat itu pada Selasa (18 Apr).

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Misi, Kedutaan Malaysia di Bangkok, Bong Yik Jui dan Menteri Kaunselor, Megat Farez Zuhairin.

Dr Jaran merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim atas sumbangan yang diberikan kepada Yayasan Pusat Islam Thailand.

"Kami mencadangkan untuk menggunakan sumbangan bagi tujuan pendidikan, seperti mewujudkan program membantu kanak-kanak Islam yang kurang bernasib baik dalam pembelajaran.

"Kami akan mengadakan mesyuarat untuk membincangkan cara terbaik menggunakan sumbangan itu dalam memartabatkan masyarakat Islam," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Encik Jojie melahirkan harapan agar sumbangan itu dapat meningkatkan kerja-kerja yayasan dan pusat itu.

Pada Februari tahun ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang dalam lawatan rasmi dua hari ke Thailand, menunaikan solat Jumaat di Pusat Islam Thailand.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan