Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia catat 22,341 kes baru COVID-19

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Sebanyak 153 kes atau 0.68 peratus daripada 22,341 kes baru COVID-19 dilaporkan semalam (19 Mac) melibatkan Kategori Tiga hingga Lima, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata baki 22,188 kes pula terdiri daripada Kategori Satu dan Dua, sekali gus menjadikan kes kumulatif COVID-19 dalam negara berjumlah 3,974,019, manakala 33,347 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan kes sembuh kumulatif sebanyak 3,656,415.

“Daripada 153 kes Kategori Tiga hingga Lima, 48 kes melibatkan individu tidak divaksin atau belum lengkap vaksinasi, 61 kes telah menerima dua dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak dan 44 kes telah menerima dos penggalak," katanya dalam kenyataan mengenai situasi semasa COVID-19 negara pada hari ini (20 Mac).

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 1,394 kes COVID-19 pula dimasukkan ke hospital semalam, dengan 554 kes atau 39.7 peratus melibatkan Kategori Tiga hingga Lima, manakala 840 kes atau 60.3 peratus terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.

Beliau berkata sebanyak 390 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 219 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sementara itu, tujuh negeri menunjukkan peratusan pengisian katil kes kritikal (ICU) lebih 50 peratus iaitu Perlis (64 peratus), Kelantan (63 peratus), Johor (59 peratus), Selangor (58 peratus), Sarawak (53 peratus), serta Perak dan Pulau Pinang (51 peratus) sementara Kuala Lumpur dan Putrajaya (67 peratus).

Menurut Dr Noor Hisham, nilai kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 di Malaysia adalah 0.92 dan negeri yang mencatat Rt tertinggi ialah Sarawak dengan 1.06.

Negeri lain yang mencatatkan Rt melebihi 1.0 adalah Kuala Lumpur (1.03), manakala Negeri Sembilan dan Perak masing-masing merekodkan 1.01.

Sumber : Bernama/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan