Skip to main content

Dunia

M'sia bincang persiapan awal banjir bersama agensi berkaitan pada 12 Sep

Anggaran Waktu Membaca:
BANGI: Mesyuarat bersama semua agensi serta pihak terlibat bagi persediaan menghadapi bencana banjir akan diadakan Isnin ini (12 Sep), kata Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata mesyuarat itu susulan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai banjir besar yang dijangka melanda beberapa negeri Semenanjung pada November ini.
Katanya semua agensi termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) serta wakil kerajaan negeri akan dipanggil menghadiri bermesyuarat untuk memastikan persediaan awal menghadapi bencana itu.

Encik Ismail Sabri berkata ia juga bagi memastikan pusat-pusat pemindahan banjir, stok makanan serta peralatan untuk mengangkut dan pusat perpindahan sudah bersedia.
"Saya tidak mahu jadi seperti dulu, setengah negeri bersedia, setengah negeri yang tidak biasa hadapi banjir tidak bersedia dan akhirnya berlaku seperti di Selangor (2021) dan sebagainya.

"Saya mahukan kali ini semua bersedia bukan setakat di peringkat Persekutuan, banjir ini sampai ke peringkat daerah pun mesti bersedia sejak awal lagi sebelum berlaku apa-apa...yang penting persediaan dibuat awal,” katanya kepada wartawan selepas menghadiri program Aspirasi Kecemerlangan Keluarga Malaysia di Bangi pada Sabtu (10 Sep).

Katanya, persediaan yang dibuat itu juga perlu menjangkakan sesuatu bencana akan berlaku dalam skala yang besar, agar semua pihak termasuk pasukan keselamatan sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga.

Media melaporkan MetMalaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, dengan risiko berlaku hujan lebat berterusan serta banjir berskala besar.

Sementara itu ditanya mengenai perkembangan pembentangan Belanjawan 2023 pada Oktober ini, Encik Ismail Sabri berkata Kementerian Kewangan masih dalam proses mengadakan sesi libat urus bersama semua pemegang taruh termasuk kerajaan negeri.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita