Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia bincang pelonggaran 3 perkara utama SOP kawalan COVID-19

Kerajaan Malaysia sedang membincangkan kelonggaran tiga perkara utama dalam prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Anggaran Waktu Membaca:

SEREMBAN: Kerajaan Malaysia sedang membincangkan kelonggaran tiga perkara utama dalam prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan COVID-19 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata tiga perkara utama itu melibatkan pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera setiap kali memasuki premis serta ujian pengesan COVID-19.

Menurutnya, perkara itu masih dalam penilaian dan perbincangan di peringkat Kementerian Kesihatan (KKM).

"Kita akan umumkan nanti...berita baiklah, bila longgar mesti rakyat gembira. Mungkin kita akan tengok dari segi mask (pelitup muka), jadi KKM akan melihat dari segi pro dan kontra mengenai itu.

"Dari segi MySejahtera pula, perlu atau tidak untuk mengimbas di mana-mana premis, manakala di lapangan terbang, bila balik sama ada perlu atau tidak membuat ujian PCR (tindak balas rantai polimerase masa nyata)  atau RTK Antigen (Kit Ujian Pantas Antigen). Perkara ini KKM sedang berbincang," katanya.

Beliau berkata demikian selepas membuat lawatan ke sebuah rumah kebajikan pada Ahad (23 Apr).

Dalam pada itu Encik Ismail Sabri berkata, kerajaan juga mengambil pandangan kerisauan rakyat sekiranya SOP terlalu longgar.

Semalam (22 Apr) media melaporkan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata lebih banyak kelonggaran SOP dijangka diumumkan dalam beberapa minggu akan datang.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan