M'sia berjaya rayu batal arahan bayar pampasan AS$15 bilion dituntut waris Sultan Sulu
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar hiasan: iStock
PARIS: Malaysia berjaya mengenepikan keputusan mahkamah timbang tara paris berkait tuntutan waris Sultan Sulu dan berkemungkinan melihat pembatalan arahan bayaran pampasan kira-kira AS$15 bilion (S$20 bilion) kepada kumpulan itu.
Bloomberg melaporkan, Mahkamah Rayuan Paris pada Selasa (7 Jun) memutuskan mahkamah timbang tara yang mengarahkan Malaysia membuat bayaran kepada kumpulan mendakwa waris Sultan Sulu tiada bidang kuasa dalam kes berkenaan, dipetik daripada agensi berita Harian Metro.
Pertikaian itu berkait dengan tuntutan waris kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Ia berpunca daripada perjanjian ditandatangani pada 1878 antara dua penjajah Eropah dan Sultan Sulu ketika itu untuk menggunakan wilayah di Sabah yang kini menjadi sebahagian Malaysia, menurut Harian Metro.
Mahkamah timbang tara di Paris tahun lalu memerintahkan Malaysia membayar pampasan kepada kumpulan waris berkenaan.

Susulan itu, kerajaan memfailkan permohonan bagi membatalkannya di Paris.
Sebuah lagi mahkamah di Luxembourg juga mengenepikan bayaran pampasan berkenaan. kata kerajaan Malaysia pada Mac.
Pada Mac lalu, mahkamah di Paris mengekalkan perintah penangguhan pelaksanaan terhadap penguatkuasaan bayaran pampasan itu, lapor Harian Metro.

Pada Isnin (6 Jun), media melaporkan Mahkamah Perancis menentukan sama ada akan menguatkuasakan Partial Award tuntutan kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu atau sebaliknya pada Selasa
Sekretariat Khas kerajaan menangani tuntutan kumpulan terbabit bagaimanapun berkata, Malaysia akan terus mengambil semua tindakan proaktif bagi memperkukuhkan kedaulatannya walau apa keputusan dikeluarkan Mahkamah Perancis.
Katanya, Malaysia juga akan terus mengadakan libat urus dengan semua pemegang taruh dalam usaha mengangkat kesucian arbitrasi di peringkat antarabangsa.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.