Skip to main content

Dunia

M'sia bentangkan rang undang-undang berkaitan larangan lompat parti

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Pembentangan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti bakal menjadi tumpuan Dewan Rakyat pada Rabu (27 Jul).

Rang Undang-undang itu dijangka dibentang oleh Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Sesi libat urus bagi pembentangan rang undang-undang itu bersama Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sudah diadakan pada Isnin (25 Jul) dan Selasa (26 Jul) sebelum pembentangan serta perbahasan pada Rabu (27 Jul).

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman web rasmi Parlimen, Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan dibentangkan bagi bacaan kali pertama.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata rang undang-undang itu bakal menjadi pemangkin kepada pengakhiran gejala merokok dalam kalangan generasi belia.

Turut menarik perhatian, isu impak perdagangan negara sejak Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) berkuat kuasa di Malaysia pada Mac lepas.

Perkara itu dibangkitkan oleh Ignatius Darell Leiking (Warisan-Penampang) yang bertanyakan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada sesi soal jawab.

Selain itu, isu kenaikan gaji anggota penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri dibangkitkan Wan Hassan Mohd Ramli (PAS-Dungun) kepada Perdana Menteri pada sesi sama.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita