M'sia benarkan penjualan mercun, bunga api tidak lama lagi
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
PUTRAJAYA: Aktiviti pembakaran serta penjualan bunga api dan mercun di Malaysia akan dibenarkan tidak lama lagi. Ini tertakluk kepada peraturan serta garis panduan baru yang akan dikeluarkan.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata perkara itu dipersetujui dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada Khamis (2 Feb), sebagai antara langkah yang boleh meningkatkan pendapatan negara. Beliau berkata kerajaan akan mengawal aktiviti penjualannya di peringkat sumber iaitu pemborong dan pengimport.
Beliau menjangka pendapatan kerajaan akan bertambah menerusi pengenaan duti import kepada pemegang lesen, yang boleh menjangkau hingga ratusan juta, dan pengimportannya pula akan dapat dikawal selia dari segi undang-undang.
Sebelum ini, tambah menteri itu, segala bentuk keuntungan melalui aktiviti penjualan mercun dan bunga api dikaut oleh sindiket yang membawa masuk produk tersebut ke dalam negara secara haram ketika musim perayaan. Dari segi keselamatan pula, ujarnya, tiada standard keselamatan ditetapkan sekali gus menyebabkan adakalanya berlaku kemalangan.
“Kita serah kepada Kementerian Dalam Negeri untuk buat panduan dan semua peraturan, bagaimana untuk mohon lesen. Kementerian Kewangan akan tetapkan berapa peratus cukai perlu dibayar,” katanya ketika ditemui di Majlis Jalinan Muhibah sempena Tahun Baru Cina 2023 di Putrajaya pada Jumaat (3 Feb).

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.