M'sia bakal naik taraf laluan motosikal; tangani kesesakan CIQ Johor
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: BH Online
JOHOR BAHRU: Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia akan menaik taraf laluan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar (BSI) bagi mengatasi masalah kesesakan di kawasan itu.
KKR juga akan menyalakan lampu di laluan motosikal di situ, sepanjang waktu malam dan ketika keadaan cuaca gelap, selain memastikan kerja penyelenggaraan yang dijalankan tidak menyumbang kepada masalah itu.
Menterinya, Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya memandang serius terhadap isu kesesakan lalu lintas yang berlaku di CIQ BSI walaupun ia bukan seratus peratus di bawah bidang kuasa kementerian itu.
Beliau berkata, KKR memberi komitmen untuk turut sama berusaha dengan kementerian serta agensi lain, termasuk Kerajaan Johor, menangani masalah berkenaan, menurut BH Online.
"Beberapa perkara boleh diambil tindakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor, khususnya menaik taraf laluan motosikal memandangkan kesesakan lalu lintas di bangunan berkenaan turut dihadapi penunggang motosikal.
"Untuk menyelesaikan masalah kesesakan di CIQ secara sepenuhnya dalam masa singkat memang agak mustahil.
"Namun, saya percaya jika setiap pihak, termasuk KKR sendiri mengambil langkah proaktif mengenal pasti dan menyelesaikan sebarang isu yang berada di bawah bidang kuasa kita, walaupun kecil, ia akan memberi kesan positif.
"Saya sedar laluan motosikal sedia ada yang sempit dan kurang sesuai untuk penunggang motosikal berkuasa tinggi.
"Saya berpendapat kementerian perlu melihat semula cadangan menaik taraf laluan motosikal, yang mungkin boleh mengurangkan kesesakan dan memastikan keselamatan penunggang motosikal.
"Lampu di laluan motosikal juga perlu dinyalakan sepanjang malam dan di waktu keadaan cuaca yang gelap," katanya dalam hantaran di Facebook miliknya, lapor BH Online.
Terdahulu, beliau membuat tinjauan mengejut ke CIQ BSI, bagi melihat sendiri aduan berkaitan kerja selenggara yang dikatakan menjadi antara punca menyebabkan kesesakan pengguna jalan raya di bangunan itu.
Encik Alexander berkata, seiring dengan perubahan zaman dan inovasi kenderaan, Malaysia juga perlu berfikir ke hadapan dalam pembangunan infrastruktur negara.
Beliau mengakui terdapat beberapa kelemahan di CIQ BSI dan sudah mengarahkan tindakan serta-merta diambil serius oleh JKR Daerah Johor Bahru.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.