Skip to main content

Dunia

M'sia ambil pendekatan bersasar kawal tekanan inflasi; hulur subsidi minyak

Malaysia dilaporkan mengambil pendekatan tersasar dalam usaha membendung tekanan inflasi dari luar.

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia ambil pendekatan bersasar kawal tekanan inflasi; hulur subsidi minyak

Keadaan di Chinatown, Kuala Lumpur. (Gambar: REUTERS)

KUALA LUMPUR: Malaysia dilaporkan mengambil pendekatan tersasar dalam usaha membendung tekanan inflasi dari luar.

Kerajaan Malaysia juga mengamalkan kawalan harga bagi memberikan subsidi kepada harga minyak kenderaan dan minyak masak.

Kenaikan harga makanan itu bagaimanapun dilihat paling menjejas golongan berpendapatan rendah.

PARA PEDAGANG CARI JALAN KELUAR KEPADA HARGA SILING AYAM

Di negeri Kedah misalnya, para pedagang cuba mencari jalan keluar kepada harga siling ayam yang ditentukan kerajaan.

Ini dilakukan dengan membakar kulit ayam sehingga kulitnya bertukar jadi kekuningan.

Menurut Encik Ismail Hashim, daging ayam yang dibakar paling disukai para penduduk utara Malaysia.

Beliau tidak lagi menjual ayam segar selepas didenda kerana tidak mematuhi harga siling RM8.90 (S$2.80) yang ditetapkan sejak Februari lalu.

Cik Ismail berkata: "Dia ikut itu RM8.90 tetapi pembekal hantar sini dah tujuh kali naik harga. Kalau ikut macam itu tak boleh untung."

Pihak berkuasa dilaporkan mengutip denda lebih AS$60,000 (S$82,350) sejak beberapa minggu lalu daripada mereka yang mencabuli harga siling ayam itu.

HARGA AYAM MELONJAK 40% SEJAK APRIL LALU

Menurut pembeli Shatilah Razali, harga ayam melonjak 40 peratus sejak musim raya pada April lalu.

Cik Shatilah berkongsi: "Dari sebulan ini dari lebih RM8 (S$2.50), RM9, RM10 dan sekarang RM11 (S$3.40). Masalahnya untuk orang-orang kampung. Orang-orang di sini banyak kerja sendiri seperti petani, pekebun."

Kurangnya tenaga kerja dan kos yang meningkat juga memainkan peranan.

Ini selain harga makanan ayam yang semakin bertambah.

Menurut para pemain pasaran, kelengahan bayaran subsidi kepada para penternak ayam juga menjejas penghasilan.

Larangan eksport ayam juga dikhuatiri mungkin tidak memberikan sebarang manfaat.

Ini kerana larangan eksport ayam Malaysia hanya melibatkan 120,000 ekor ayam sehari tetapi setiap hari, 2.2 juta ekor ayam diperlukan untuk pemakanan dalam negeri saja.

Selain gangguan bekalan, industri makanan Malaysia juga menghadapi masalah kekurangan pekerja.

Ini mendorong pihak restoran menggunakan robot untuk operasi mereka.
Sumber : CNA/AA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita