Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia alami kerugian RM7.4 bilion akibat banjir

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia alami kerugian RM7.4 bilion akibat banjir

Keadaan banjir di Kampung Paya Kenangan, yang dinaiki air berikutan banjir kilat. (Gambar: Bernama)

SHAH ALAM: Jumlah kerugian kemusnahan harta benda dan kemudahan awam akibat banjir di Malaysia dari tahun 2017 hingga 2021 mencecah RM7.4 bilion (S$2.2 bilion). 

Berdasarkan pecahan rekod oleh Jabatan Pengairan Saliran Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia, kerugian yang dicatatkan adalah antara RM26.5 juta (S$8.1 juta) hingga RM6.1 bilion (S$1.9 bilion) setiap tahun sepanjang tempoh itu.

Penganalisis Ekonomi Sekolah Perniagaan Putra, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata kepada Sinar Harian jumlah kerugian itu dijangka meningkat setiap tahun.

"Saya menjangkakan jumlah kerugian akan terus meningkat setiap tahun kerana beberapa faktor iaitu peningkatan jumlah rakyat yang akan menyebabkan lebih banyak bangunan dibina berdekatan sungai dan lereng bukit serta penerokaan kawasan yang berhutan dan berbukit.

“Ini menyebabkan tanah mendapan sungai yang semakin menebal mengakibatkan sungai menjadi cetek dan mudah melimpah melepasi paras tebing,” katanya kepada Sinar Harian. 

Beliau menambah penerokaan hutan simpan secara haram yang masih berlaku turut menyumbang kepada faktor bencana tersebut.

“Ini ditambah dengan sistem saliran dan perparitan di negara ini yang masih tidak mampu menampung limpahan air yang luar biasa.

“Kena ada kajian menyeluruh mengenai sistem perparitan ini. Kalau kawasan perumahan baru mesti ada kolam tadahan dan kawasan yang boleh menjadi penampan air bagi mengelak banjir berlaku,” ujarnya. 

Menurut beliau lagi, untuk mengatasi kerugian berkenaan, kerajaan persekutuan harus bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Sumber : Agensi berita/ZM/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan