M'sia akan semak semula proses kad UNHCR pelarian Rohingya
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
LARUT: Kementerian Dalam Negeri Malaysia akan menyemak proses pengeluaran kad agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNHCR, kepada kaum etnik Rohingya yang berada di negara itu.
Ini selepas kes melarikan diri dari sebuah pusat tahanan sementara di Kedah pada bulan lalu.

BACA: Lagi 205 pelarian Rohingya masih lolos; lebih 300 sudah diberkas semula polis M'sia
Menurut agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNHCR, terdapat lebih 100,000 orang Rohingya di Malaysia.
Namun begitu, Malaysia tidak memeterai konvensyen PBB bagi pelarian.
Lantaran itu, Malaysia tidak wajib menyediakan jagaan kesihatan, pendidikan dan khidmat sosial lain kepada para pelarian Rohingya di negara itu.
Walaupun para pemegang kad UNHCR boleh tinggal di Malaysia, mereka yang tiada kad berkenaan ditangkap serta ditahan buat bertahun lamanya.
Banyak kumpulan hak asasi menggesa kerajaan Malaysia agar membebaskan mereka, terutama yang mencari suaka di negara itu.
Tetapi orang ramai prihatin akan kesannya terhadap keselamatan awam.
Namun, kebanyakan yang datang sekarang merupakan golongan wanita Rohingya.
Ini berikutan permintaan pelarian lelaki Rohingya yang sudah berada di Malaysia 20 hingga 30 tahun lalu untuk menjadikan para pendatang Rohingya itu sebagai isteri.

Sumber : Agensi berita/RU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.