Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia akan semak semula pelan 5G, kata PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia sudah mengarahkan supaya semua perjanjian berhubung dengan pelaksanaan projek pelaksanaan 5G di seluruh negara itu, disemak semula.

Perdana Menteri negara itu, Anwar Ibrahim, berkata ia berikutan pelaksanaan perjanjian projek berkenaan tidak dilaksanakan secara telus.

"Tidak ada tender... proses tender terbuka jadi kita perlu menyemak semula untuk memastikan ia mematuhi prosedur kewangan yang ketat."

"Ia bagi memastikan semua perkara dijalankan dengan sewajarnya," pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Bangunkan Perdana Putra, pada Isnin (5 Dis), lapor agensi berita Harian Metro.

Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi dan Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali turut menghadiri mesyuarat tersebut.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai projek 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB), menurut agensi berita Harian Metro.

Encik Anwar sebelum ini pernah menggesa supaya isu berkaitan pelaksanaan 5G oleh DNB dibahaskan di Dewan Rakyat.

Beliau dilaporkan berkata, pelaksanaan inisiatif kerajaan itu perlu diperincikan bagi memastikan ketelusan dari segi kos dan syarikat pelaksana pembangunan infrastruktur itu tidak dipertikai kelak.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sebelum ini, Zahidi Zainul Abidin, dilaporkan berkata, pelantikan DNB bagi pelaksanaan teknologi internet 5G di Malaysia diputuskan Kementerian Kewangan tanpa melalui perbincangan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) terlebih dahulu.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan