Skip to main content

Dunia

M'sia akan kemukakan cadangan baharu berhubung HSR KL-SG: PM Anwar

Anggaran Waktu Membaca:
M'sia akan kemukakan cadangan baharu berhubung HSR KL-SG: PM Anwar

Pameran pada 2016 menunjukkan kemajuan projek HSR KL-S'pura. (Gambar fail: MyHSR/Facebook)

KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengemukakan cadangan baharu berhubung projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura kepada republik ini selepas memperoleh keputusan awal di peringkat kerajaan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata cadangan baharu itu akan dibawa oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke untuk perhatian Singapura.

“Itu belum
 baru peringkat kita, sebaik ada keputusan awal barulah akan diangkat oleh menteri, Anthony Loke kepada perhatian Singapura," kata beliau kepada media selepas merasmikan Sidang Puncak Tahun Pengkomersilan Malaysia pada Jumaat (4 Ogos).

Sebelum ini media melaporkan bahawa Singapura belum menerima sebarang cadangan baharu daripada Malaysia berhubung projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.

Menurut Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura Chee Hong Tat, negara itu sedia berbincang dengan Malaysia mengenai pelaksanaan semula projek berkenaan.
Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita