M'sia akan bincang ramalan Aidilfitri jatuh pada 21 April dengan Jawatankuasa Fatwa
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
PUTRAJAYA: Ramalan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Amiriah Arab Bersatu (UAE) bahawa 1 Syawal di kebanyakan negara adalah pada 21 April, akan dibincangkan dalam Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Mohd Na'im Mokhtar.
"Jadi saya rasa kita kena tunggu. Kita akan bincang di peringkat Jawatankuasa Fatwa, seboleh-bolehnya kita nak mengelakkan apa yang berlaku pada tahun lepas tidak berulang supaya tidak terkejut (sambut raya).
"Saya tidak mahu mendahului dan serah kepada kuasa Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja untuk keputusan," katanya kepada media selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam melaksanakan program kebersihan, pada Jumaat (7 Apr).
Di Malaysia, pengisytiharan tarikh 1 Syawal dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejurus menerima laporan hasil cerapan anak bulan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong yang mewakili Raja-Raja Melayu.
Portal Gulf News melaporkan Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di UAE mengumumkan negara-negara Islam akan menjalankan kewajipan mencerap hilal bagi menentukan awal bulan Syawal pada 20 April yang berkemungkinan menjadi penghujung Ramadan.
Bagaimanapun, menurut laporan itu beberapa negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun menggunakan teleskop khas.
Laporan itu juga memaklumkan kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan Syawal pada 21 April (Jumaat) sebagai hari pertama Aidilfitri.
Sementara itu, Ketua Majlis Ulama Indonesia (MUI), Abdullah Jaidi menjangkakan terdapat kemungkinan waktu penentuan 1 Syawal di negara itu berbeza atau tidak jatuh pada tarikh yang sama dengan negara-negara lain di rantau ini.
Kemungkinan perbezaan sambutan Aidilfitri pada tahun ini adalah kerana ketika matahari terbenam, pada 20 April 2023, kedudukan bulan di Indonesia tidak memenuhi kriteria baru Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, dan Singapura (MABIMS) iaitu ketinggian minimum 3 darjah dan pemanjangan 6.4 darjah, menurutnya.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.