Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

M'sia akan ambil tindakan tegas terhadap wanita tunai umrah pakai ihram lelaki

Anggaran Waktu Membaca:
 M'sia akan ambil tindakan tegas terhadap wanita tunai umrah pakai ihram lelaki

Gambar: Twitter/@Aliyameha, @nameisAm_

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan dikenakan terhadap wanita yang menunaikan umrah dengan berpakaian ihram lelaki, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Malaysia, Idris Ahmad.

Beliau menerusi catatan di Facebook pada Jumaat (12 Ogos) berkata pihaknya sudah menghubungi Kementerian Dalam Negeri bagi memohon supaya siasatan lanjut dilakukan setibanya individu berkenaan ke Malaysia.

“Saya mengambil berat perkara yang ditular dakwaan yang melaporkan seorang wanita mengerjakan umrah, namun berpakaian ihram lelaki. Isu ini melibatkan hukum-hakam agama. Tindakan tegas akan dikenakan,” katanya.

Encik Idris turut memaklumkan beliau juga menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk mengambil tindakan tegas kepada agensi yang menguruskan individu terlibat sekiranya perkara berkenaan didapati benar.

Di platform Twitter semalam, tular video berdurasi 17 saat yang memaparkan seorang wanita yang didakwa sebagai rakyat tempatan berada di Tanah Suci Makkah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki dan perkara itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan