Skip to main content

Dunia

Motif serangan ibu pejabat polis di Paris masih disiasat

Pihak berkuasa Perancis masih menyiasat motif seorang lelaki yang bersenjatakan pisau mengamuk di ibu pejabat polis di tengah ibu kota Paris pada Khamis (3 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Motif serangan ibu pejabat polis di Paris masih disiasat

(Gambar: Agensi berita)

Diterbitkan : 04 Oct 2019 08:35PM Dikemas Kini : 04 Oct 2019 08:45PM

PARIS: Pihak berkuasa Perancis masih menyiasat motif seorang lelaki yang bersenjatakan pisau mengamuk di ibu pejabat polis di tengah ibu kota Paris pada Khamis (3 Okt).

Tiga pegawai polis lelaki dan seorang penolong pentadbiran wanita terbunuh dalam kejadian itu.

Lelaki yang mengamuk itu berusia 45 tahun dan dia kemudian mati ditembak polis.

Siasatan polis termasuk kemungkinan kejadian ini ada kaitan dengan pengganasan.

Bagaimanapun, pemimpin kesatuan sekerja para anggota polis menyifatkannya sebagai tindakan jenayah, bukan pengganasan.

Seorang pegawai polis berkata lelaki itu mempunyai masalah dengan penyelianya.

Menurut Menteri Ehwal Dalam Negeri Perancis, lelaki tersebut sudah bekerja di jabatan Teknologi Maklumat ibu pejabat polis itu agak lama.

Dia dikatakan tidak berkelakuan ganjil yang boleh menimbulkan kecurigaan sebelum melakukan serangan tersebut.

Sumber : Agensi berita/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita