Motif peribadi bukan agama mungkin di sebalik letupan masjid Jakarta: Polis Indonesia
Letupan yang mencederakan berpuluh-puluh orang di sebuah masjid di Jakarta minggu lalu mungkin tidak bermotifkan agama, sebaliknya berkemungkinan bersifat peribadi, menurut polis pada Isnin (10 Nov).
Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Letupan yang mencederakan berpuluh-puluh orang di sebuah masjid di Jakarta minggu lalu mungkin tidak bermotifkan agama, sebaliknya berkemungkinan bersifat peribadi, menurut polis pada Isnin (10 Nov).
Lebih 50 orang dimasukkan ke hospital kerana mengalami kelecuran dan cedera selepas berlaku letupan semasa solat Jumaat di sebuah masjid yang terletak di dalam kompleks sekolah di kawasan Kelapa Gading, di ibu negara Indonesia.
“Pelaku tidak memusuhi mana-mana agama,” kata jurucakap polis Jakarta, Budi Hermanto, menurut agensi berita Antara.
Beliau menambah, suspek dipercayai merasakan dirinya diabaikan oleh ahli keluarganya sendiri “dan perasaan itu memuncak”.
Pada Sabtu (8 Nov), polis berkata suspek utama, seorang pelajar berusia 17 tahun, sudah menjalani pembedahan selepas serangan tersebut. Pihak berkuasa bagaimanapun tidak menyatakan sama ada pelajar itu sudah diberkas atau menyebutkan sebarang prosiding undang-undang lain.
Polis menambah bahawa pihaknya turut menemui serbuk yang disyaki adalah bahan letupan serta beberapa bahan bertulis.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.