Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

MOTAC saran jumlah petugas imigresen KLIA ditambah untuk kurangkan tempoh menunggu

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyarankan supaya jumlah petugas di kaunter imigresen ditambah, selain memperluaskan penggunaan sistem pengecaman wajah bagi meningkatkan kecekapan prosedur pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menteri berkenaan Encik Tiong King Sing berkata usaha itu penting bagi mengatasi masalah tempoh menunggu lama berikutan bilangan pelancong ke Malaysia semakin meningkat.

“Sistem pengecaman wajah yang digunakan Jabatan Imigresen juga perlu diperluas kepada semua pelawat antarabangsa, bukan sahaja terhad kepada mereka yang mempunyai pas jangka panjang bagi memudahkan proses pelepasan.

“Jika Malaysia ingin mengalu-alukan kedatangan pelancong dan menjadikan negara ini sebagai destinasi pilihan yang berdaya saing, kita perlu menyelesaikan masalah ini dengan kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin (23 Jan). 

Menurut kenyataan tersebut, Encik Tiong meninjau proses ketibaan pelancong di KLIA dan mendapati pelancong terpaksa beratur panjang malah menunggu hampir dua jam bagi pemeriksaan imigresen.

Selain itu, beliau turut mencadangkan pihak berkuasa KLIA untuk menempatkan petugas yang mempunyai kemahiran pelbagai bahasa bagi membantu memudahkan pelancong ketika melalui prosedur pemeriksaan imigresen.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan