Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mosko dakwa retorik nuklear G7 bertujuan beri tekanan kepada Rusia, China

Anggaran Waktu Membaca:
Mosko dakwa retorik nuklear G7 bertujuan beri tekanan kepada Rusia, China

(Gambar: AFP/Fabrice Coffrini)

MOSKO: Menteri Luar Rusia berkata pada Isnin (22 Mei) bahawa "retorik" nuklear perkumpulan G7 hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk memberi tekanan psikologi, ketenteraan dan politik ke atas Mosko serta Beijing.

Dalam kenyataan pertama mengenai pelucutan senjata nuklear yang dikeluarkan minggu lalu di sidang puncak G7, perkumpulan itu menggesa Rusia dan China supaya bersikap lebih telus mengenai armada senjata nuklear masing-masing, sebagaimana yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis.

Timbalan Menteri Luar Rusia Sergei Ryabkov, yang bertanggunjawab atas pengawalan senjata, berkata bahawa kenyataan itu mencerminkan nada anti-Rusia dan anti-China oleh perkumpulan tersebut.

"Di sebalik kenyataan itu terdapat keinginan patologi untuk memburuk-burukkan negara kami."

Komen itu dikeluarkan berikutan tindak balas marah China dan Rusia terhadap sidang puncak G7 serta perisytiharan yang memberi tumpuan khusus kepada kedua-dua negara dalam pelbagai isu.

Presiden China Xi Jinping dan "rakan baiknya" Presiden Vladimir Putin komited kepada kerjasama "tanpa batas" sejurus sebelum Rusia mencerobohi Ukraine pada 2022.

Sejak itu, kedua-dua negara memperkukuhkan hubungan ekonomi, politik dan ketenteraan.

Dalam kesibukan melakukan lawatan dua hala yang berterusan, Perdana Menteri Rusia Mikhail Mishustin tiba di China pada lewat petang Isnin bagi mengadakan perbincangan bersama para pegawai dan ahli perniagaan China. Ini menambah lagi keresahan pihak Barat terhadap hubungan kedua-dua negara tersebut.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan