Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Monsun Timur Laut di M'sia diramal bermula lebih awal ketika PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia pada Khamis (3 Nov) memaklumkan monsun timur laut (MTL) akan berlaku lebih awal dari jangkaan, ketika Malaysia bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, seperti musim-musim yang lalu, hujan lebat berterusan untuk tempoh beberapa hari boleh mengakibatkan kejadian banjir di kawasan-kawasan berkedudukan rendah dan berhampiran sungai.

"Sekiranya hujan lebat berterusan berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar, risiko kejadian banjir boleh meningkat.

"Kejadian air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh antara 6-11 dan 22-27 November 2022; 7-12 dan 22-26 Disember 2022 dan 6-10 dan 21-25 Januari 2023," katanya dalam satu kenyataan.

Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh serta sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan