Mojtaba Khamenei tidak buat penampilan pada acara Tahun Baharu Parsi; amanat hanya dibacakan di televisyen
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: BERNAMA)
TEHRAN: Rakyat Iran menanti-nantikan penampilan sulung Pemimpin Tertinggi baharu negara itu, Mojtaba Khamenei, sempena Tahun Baharu Parsi atau Nowruz pada Jumaat (20 Mac) - namun amanat beliau sebaliknya disiarkan dan dibacakan di saluran televisyen pemerintah.
Paparan skrin menunjukkan imej pemimpin tertinggi itu bersama bendera Iran, lapor agensi berita Jerman dpa.
Mojtaba Khamenei tidak muncul di khalayak ramai atau mengeluarkan mesej audio mahupun video menyusuli pelantikannya pada 8 Mac, yang mencetuskan spekulasi mengenai keadaan kesihatannya.
Beliau menggantikan bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, yang terbunuh dalam serangan udara Israel di Tehran pada hari pertama serangan Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran pada 28 Feb.
Mojtaba Khamenei turut kehilangan isteri, ibu, dan adik ipar lelaki beliau dalam kejadian pengeboman tersebut.
Menurut pentadbiran Amerika Syarikat, Mojtaba Khamenei mengalami kecederaan, namun tiada butiran lanjut diperoleh setakat ini.
Nowruz, yang bermaksud "hari baharu," merupakan perayaan warisan sempena menandakan hari pertama musim bunga dan pembaharuan alam semula jadi.
Ia menandakan ekuinoks musim bunga di hemisfera utara, apabila waktu malam dan siang mempunyai tempoh yang sama, dan jatuh pada 20 atau 21 Mac.
Dalam amanat Nowruz beliau, Khamenei mengucapkan terima kasih kepada presiden, pemerintah, angkatan tentera, dan rakyat Iran atas penentangan mereka terhadap serangan bersama Amerika-Israel.
Pihak musuh tidak hanya bergantung kepada kekuatan ketenteraan seperti peluru berpandu, dron, dan torpedo, katanya, sambil menambah bahawa "garisan hadapan" Iran lebih luas daripada apa yang mahu diakui musuhnya.
Khamenei mengisytiharkan tahun baharu Parsi sebagai "tahun ekonomi rintangan dalam semangat perpaduan dan keselamatan nasional."
Mesej pemimpin tertinggi itu juga menggesa semua saluran media supaya mengamalkan kawalan diri dan mengelak daripada menonjolkan sebarang kelemahan, sambil memberi amaran bahawa tindakan sebaliknya boleh membantu musuh mencapai objektif mereka.
Beliau juga menafikan bahawa tentera Iran melancarkan serangan ke atas Turki dan Oman.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.