Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mohd Shukri mulakan tugas sebagai Menteri Besar Perlis

Anggaran Waktu Membaca:
KANGAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang, Mohd Shukri Ramli memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Menteri Besar Perlis kelapan di Kangar pada Rabu (23 Nov).

Encik Mohd Shukri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) negeri tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di Kangar pada pukul 9.00 pagi, seperti dinukil Sinar Harian.

Ketibaan beliau disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Hasnol Zam Zam Ahmad.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Dr Faizal Kamarudin dan Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Rusdi Yahya.

Pesuruhjaya PAS Perlis itu kemudian menghadiri sesi pembentangan mengenai pentadbiran kerajaan negeri Perlis di Kangar, lapor Sinar Harian.

Pada Selasa (22 Nov), Encik Mohd Shukri mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis kelapan di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Istana Arau.

Beliau yang mesra dengan panggilan Cikgu Shukri dinamakan sebagai calon tunggal untuk mengisi jawatan Menteri Besar yang baru selepas PN berjaya menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15 menyaksikan PN berjaya meraih kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kecuali di Indera Kayangan yang dimenangi calon Pakatan Harapan, Gan Ay Ling, lapor Sinar Harian.

Keputusan itu sekali gus menamatkan penguasaan lebih 60 tahun BN di Perlis.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan