Skip to main content

Dunia

Mohammad Shtayyeh dilantik PM baru Palestin

Presiden Palestin Mahmud Abbas, melantik sekutunya, Mohammad Shtayyeh, sebagai Perdana Menteri hari ini (10 Mac), menurut seorang pegawai kanan, dalam langkah yang dilihat sebagai usaha untuk terus meminggirkan Hamas.

Anggaran Waktu Membaca:
Mohammad Shtayyeh dilantik PM baru Palestin

Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh. (Gambar: Abbas Momani/AFP)

Diterbitkan : 10 Mar 2019 10:25PM Dikemas Kini : 10 Mar 2019 10:29PM

RAMALLAH: Presiden Palestin Mahmud Abbas, melantik sekutunya, Mohammad Shtayyeh, sebagai Perdana Menteri hari ini (10 Mac), menurut seorang pegawai kanan, dalam langkah yang dilihat sebagai usaha untuk terus meminggirkan Hamas.

Encik Abbas meminta Encik Shtayyeh, seorang anggota jawatankuasa pusat parti Fatah, pimpinan Presiden Palestin itu untuk membentuk pemerintah baru, kata Naib Presiden parti, Mahmoud al-Aloul.

Pelantikan Encik Shtayyeh itu turut dilaporkan agensi berita rasmi Palestin, WAFA.

Sesetengah penganalisis berpendapat, membawa Encik Shtayyeh untuk menggantikan Perdana Menteri Rami Hamdallah adalah sebahagian usaha Encik Abbas untuk mengetepikan lagi lawan politiknya, pergerakan Hamas yang mentadbir Gaza.

Encik Hamdallah mengumumkan peletakan jawatan kabinetnya pada Januari susulan cadangan oleh Jawatankuasa Pusat Fatah untuk membentuk pemerintah baru.

Encik Shtayyeh, yang lahir pada 1958, adalah sekutu sekian lama Encik Abbas, sementara Encik Hamdallah bebas secara politik

Pemerintah sebelum ini dibentuk pada pertengahan 2014 selaras dengan satu perjanjian damai yang dicapai di Gaza bersama pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh.

Sumber : AFP/SU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita