Mohamad Sabu kekal sebagai Presiden Amanah
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu. (Gambar: Bernama)
KLANG: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu kekal sebagai Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) bagi penggal 2023-2026 yang berlangsung Ahad (24 Dis).
Sebelum ini, beliau menduduki tempat ke kelapan daripada 27 ahli yang terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional bagi penggal sama.
Bagi jawatan Timbalan Presiden pula, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama), Dr. Mujahid Yusof Rawa dipilih menjawat jawatan tersebut, selepas mendapat 699 undian, lapor Kosmo! Online.
Manakala untuk Naib Presiden, tiga ahli telah dipilih, iaitu Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad, mantan Exco Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor, Dr. Siti Mariah Mahmud dan Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari mengisi jawatan itu.
Mengikut perlembagaan Amanah, jawatan Presiden sehingga Naib Presiden, 27 ahli jawatankuasa Nasional akan memilih ahli parti untuk menjawat kesemua jawatan itu, dipetik daripada Kosmo! Online.
Sementara itu, mantan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Mazlan Aliman, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan dan Yang Dipertua (YDP) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Hasanuddin Mohd. Yunus tewas pada pemilihan kali ini.
Menurut Kosmo! Online, seramai 1,003 perwakilan Amanah daripada seluruh negara yang mengundi pada sesi pemilihan kali ini, serentak dengan Konvensyen Nasional Amanah 2023 yang berlangsung di Wyndham Hotel.
Encik Mohamad Sabu sebelum ini pernah dipilih menjadi Presiden sejak tahun 2015, iaitu ketika tertubuhnya parti berkenaan.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.