Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mogok seluruh negara ganggu kehidupan seharian di Belgium

Anggaran Waktu Membaca:
Mogok seluruh negara ganggu kehidupan seharian di Belgium

(Gambar: HATIM KAGHAT / Belga / AFP)

Diterbitkan : 14 Jan 2025 11:52AM Dikemas Kini : 14 Jan 2025 12:28PM
BRUSSELS: Perkhidmatan pengangkutan awam, penerbangan, sekolah, dan perkhidmatan penting di seluruh Belgium terganggu pada Isnin (13 Jan) berikutan mogok di seluruh negara bagi membantah cadangan reformasi pencen oleh gabungan yang membentuk kerajaan baharu persekutuan, lapor Xinhua.

Di Brussels, lebih 30,000 penunjuk perasaan termasuk anggota bomba, guru, dan ahli kesatuan pekerja turun ke jalan raya.

Kesatuan pekerja mengecam cadangan reformasi pencen itu sebagai satu “serangan terhadap pencen” sambil menuntut penambahbaikan terhadap syarat kerja, peningkatan sumbangan majikan, serta pengurangan tempoh perkhidmatan untuk profesion yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak.

Mereka turut mengkritik potongan cukai korporat yang dianggap membebankan pekerja secara tidak adil.

Pengangkutan awam terjejas teruk dengan hanya satu daripada tiga kereta api beroperasi antara bandar utama. Di Brussels, perkhidmatan metro, trem dan bas berjalan pada kapasiti terhad, sementara kebanyakan laluan bas di Wallonia tergendala sepenuhnya.

Penerbangan turut mengalami gangguan ketara apabila sekitar 40 peratus penerbangan di Lapangan Terbang Brussels dibatalkan, manakala semua penerbangan di Lapangan Terbang Charleroi digantung mulai tengah hari.

Sektor pendidikan juga terjejas apabila kira-kira 40 peratus sekolah rendah dan menengah di Flanders ditutup.

Selain itu, perkhidmatan kutipan sampah dan pos di Brussels serta Walloon Brabant mengalami kelewatan.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan