Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mogok pekerja pengangkutan awam Perancis masuk minggu ke-4; jejas perjalanan cuti Krismas

Mogok pekerja pengangkutan awam di Perancis memasuki minggu keempat sekali gus menjejas rancangan beribu-ribu pelancong dan penumpang yang mahu menyambut perayaan Krismas bersama orang tersayang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Mogok pekerja pengangkutan awam Perancis masuk minggu ke-4; jejas perjalanan cuti Krismas

Para penumpang di stesen kereta api Gare du Nord di Paris, Perancis. (Gambar: AP)

PARIS: Mogok pekerja pengangkutan awam di Perancis memasuki minggu keempat sekali gus menjejas rancangan beribu-ribu pelancong dan penumpang yang mahu menyambut perayaan Krismas bersama orang tersayang.

Ramai orang kelam-kabut membuat rancangan alternatif pada saat-saat akhir sedang bantahan terhadap penyusunan semula pencen menyaksikan ribuan khidmat kereta api dibatalkan atau ditangguh. Sementara itu, teksi, khidmat kenderaan sewa dan agensi sewa kereta pula tidak mampu menampung permintaan yang begitu tinggi.

Hanya sebilangan kereta api berkelajuan tinggi dan yang membuat perjalanan antara bandar beroperasi pada malam Krismas. Jumlah itu bahkan lebih rendah pada hari cuti Krismas sendiri. Stesen-stesen kereta api utama di Paris ditutup pada sebelah pagi dengan sambungan pinggir bandar dikurangkan dan hanya dua daripada 16 laluan kereta api tanpa pemandu menyediakan khidmat.

Presiden Emmanuel Macron menyeru rakyat negara itu supaya bertenang namun rundingan antara pemerintah dengan kesatuan minggu lalu gagal mencapai sebarang huraian.

Para pekerja berikrar mogok tidak akan berhenti semasa musim perayaan kecuali para pegawai menggugurkan rancangan untuk menggabungkan 42 skim pencen sedia ada menjadi satu.

Pengangkutan pada Khamis (26 Dis) akan kekal mengalami gangguan dengan hanya satu daripada dua kereta api berkelajuan tinggi TGV beroperasi, lima laluan kereta api Paris ditutup dan khidmat kereta api daerah serta pinggir bandar turut terjejas.

Perbincangan dijadual disambung semula hanya pada 7 Januari depan.

Pemerintah menegaskan bahawa rombakan tersebut diperlukan untuk mewujudkan sistem pencen yang lebih adil.

Bagaimanapun, para pekerja menentang syarat usia 64 tahun di mana mereka harus terus bekerja sehingga mencecah usia itu untuk menerima jumlah pencen penuh - dua tahun melepasi usia persaraan rasmi. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan