Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Mogok doktor kontrak tidak berlaku di kemudahan kesihatan awam seluruh negara, jelas Persatuan Perubatan M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Mogok doktor kontrak tidak berlaku di kemudahan kesihatan awam seluruh negara, jelas Persatuan Perubatan M'sia

Gambar: Agensi berita

Diterbitkan : 03 Apr 2023 05:07PM Dikemas Kini : 03 Apr 2023 05:08PM
KUALA LUMPUR: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menjelaskan tiada mogok doktor kontrak di kemudahan kesihatan awam di seluruh negara pada Isnin (3 Apr).

Bagaimanapun, Presiden MMA, Dr Muruga Raj Rajathurai, berkata orang ramai masih bimbang dengan jangkaan mogok dan isu itu perlu ditangani.

"MMA menerima panggilan daripada orang ramai yang bertanyakan sama ada kemudahan penjagaan kesihatan awam beroperasi seperti biasa hari ini. Kami memberikan jaminan kepada mereka ia sememangnya beroperasi.

"Tetapi kami berharap Kementerian Kesihatan (KKM), melalui mesej yang lebih kerap diuar-uarkan menerusi kenyataan akhbar dan kemas kini media sosial, akan meredakan kebimbangan itu serta meyakinkan orang ramai semua perkhidmatan penjagaan kesihatan awam disediakan tanpa sebarang gangguan," katanya dalam kenyataan pada Isnin, dipetik daripada BH Online.

Dr Muruga berkata mesej mengenai isu mogok doktor kontrak yang menimbulkan cemas dan ketakutan juga tersebar di media sosial. Beliau berkata perkara itu juga perlu dibalas dengan mesej yang betul daripada pihak berkuasa.

"Kami menasihatkan orang ramai untuk mengesahkan maklumat yang mereka terima dan hanya mempercayai sumber yang boleh dipercayai untuk sebarang berita atau kemas kini," katanya, lapor agensi berita BH Online.

Pada Ahad (2 Apr), media melaporkan kumpulan doktor kontrak yang merancang untuk mengadakan mogok selama tiga hari bermula pada Isnin, tidak berganjak daripada keputusan mereka untuk meneruskan tindakan itu.

Jurucakap kumpulan itu, yang dikenali sebagai Mogok Doktor Malaysia di Instagram, mendakwa seramai 10,000 hingga 12,000 petugas kesihatan akan menyertai mogok berkenaan.

Katanya, mereka tidak akan hadir bertugas selama tiga hari bermula Isnin, dengan mengambil cuti sakit atau cuti kecemasan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan