Modi dipilih perikatan sebagai PM India buat penggal ketiga
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Arun SANKAR)
NEW DELHI: Narendra Modi dilantik secara rasmi oleh penggubal undang-undang Perikatan Demokratik Nasional (NDA) untuk menjadi perdana menteri pada Jumaat (7 Jun) buat penggal ketiga.
Encik Modi akan bertemu Presiden India Droupadi Murmu dan mengemukakan rancangannya untuk membentuk pemerintahan baharu, dengan seorang jurucakap daripada salah satu parti gabungannya berkata upacara angkat sumpahnya dijadualkan pada Ahad (9 Jun) petang.
Ini merupakan kali pertama Parti Bharatiya Janata (BJP), memerlukan sokongan parti serantau untuk membentuk pemerintah.
Parti tersebut yang memenangi dua pilihan raya sebelum ini melalui sokongan majoriti, hanya meraih 240 kerusi di parlimen, kurang daripada 272 kerusi yang diperlukan untuk membentuk pemerintah.
NDA meraih 293 daripada 543 kerusi dalam Dewan Rakyat, dan
perikatan INDIA, diketuai parti Kongres Rahul Gandhi, meraih lebih daripada 230 kerusi, lebih daripada apa yang diramalkan.
Penggubal undang-undang daripada BJP dan sekutunya, termasuk Parti Telugu Desam (TDP), dan Janata Dal (Bersatu) mengundi sebulat suara supaya Encik Modi menjadi ketua dalam mesyuarat pertama perikatan itu, selepas pengiraan undi pada 4 Jun dan keputusan diisytiharkan.
Encik Modi dicadangkan oleh Menteri Pertahanan India Rajnath Singh, dan disokong oleh menteri-menteri lain serta pemimpin parti lain di dalam perikatan tersebut.
Upacara angkat sumpah bagi perdana menteri itu dijadualkan pada Ahad petang, kata seorang TDP kepada Reuters.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.