Moderna saman Pfizer & BioNTech; tuduh tiru, langgar paten vaksin COVID-19
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: TODAY)
WASHINGTON: Moderna menyaman Pfizer dan rakan kongsinya dari Jerman, BioNTech kerana melanggar paten penghasilan vaksin COVID-19 yang pertama diluluskan di Amerika Syarikat (AS).
Moderna mendakwa kedua-dua syarikat itu meniru teknologi yang dihasilkannya selama bertahun-tahun sebelum berlaku pandemik.
Tuntutan mahkamah, yang menuntut ganti rugi yang belum diputuskan itu, difailkan di Mahkamah Daerah di Massachusetts dan Mahkamah Dusseldorf di Jerman.
Demikian menurut Moderna dalam kenyataan medianya pada Jumaat (26 Ogos).
"Kami menfailkan tuntutan mahkamah ini untuk melindungi platform inovatif teknologi mRNA yang kami rintis, melabur berbilion-bilion dolar untuk mencipta dan dipatenkan sepanjang sepuluh tahun sebelum pandemik COVID-19," kata Ketua Eksekutif Moderna, Stephane Bancel dalam kenyataan tersebut.
Moderna Inc secara sendirian dan kerjasama antara Pfizer Inc dan BioNTech SE merupakan dua kumpulan pertama yang berjaya menghasilkan vaksin bagi melawan koronavirus.
Jabatan Pentadbiran Ubat-Ubatan dan Makanan (FDA) Amerika Syarikat (AS) meluluskan kegunaan darurat vaksin COVID-19 keluaran Pfizer/BioNTech pada Disember 2020 dan meluluskan vaksin Moderna seminggu kemudian.
Moderna mendakwa bahawa Pfizer/BioNTech, tanpa kebenarannya, meniru teknologi mRNA yang dipaten oleh Moderna antara 2010 dan 2016, jauh lebih awal sebelum COVID-19 muncul pada 2019 dan menular sehingga menarik perhatian seluruh dunia pada awal 2020.
Pfizer dan BioNTech sudahpun menghadapi pelbagai saman daripada syarikat-syarikat lain yang turut mendakwa bahawa vaksin keluaran kedua-dua syarikat itu melanggar paten mereka.
Pfizer/BioNTech menegaskan bahawa kedua-dua syarikat itu akan mempertahankan paten mereka.
Dalam kenyataannya pada Jumaat (26 Ogos), Moderna menyatakan Pfizer/BioNTech mengambil tanpa kebenaran dua jenis hak cipta intelektual.
Yang pertama melibatkan struktur mRNA, yang menurut Moderna, para saintisnya mula menghasilkan pada 2010 dan merupakan yang pertama mengesahkan ujian melibatkan manusia pada 2015.
Yang kedua pula melibatkan pengekodan protein pepaku (spike protein), yang menurut Moderna, para saintisnya berjaya menghasilkan semasa mencipta vaksin untuk koronavirus yang menyebabkan Sindrom Pernafasan Timur Tengah (MERS).

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.