Skip to main content

Dunia

Moderna meterai perjanjian dengan Shanghai; hasilkan ubat mRNA

Anggaran Waktu Membaca:
SHANGHAI: Pengeluar vaksin Moderna menyatakan pada Rabu (5 Jul) bahawa ia sudah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dan perjanjian kerjasama tanah untuk mengusahakan peluang bagi syarikat itu menyelidik, membangunkan dan mengeluarkan ubat-ubat mRNA di China.

"Sebarang ubat yang dihasilkan di bawah perjanjian ini adalah eksklusif untuk rakyat China... dan tidak akan dieksport," kata jurucakap syarikat itu dalam kiriman emelnya bagi menjawab pertanyaan Reuters. Jurucakap tersebut bagaimanapun enggan mengulas mengenai saiz perjanjian itu dan tidak serta-merta memberikan butiran lain.

Pemerintah hab kewangan China, Shanghai, mengesahkan pada Khamis (6 Jul) tentang pemeteraian perjanjian kerjasama strategik dengan Moderna selepas pihak berkuasa, termasuk Setiausaha Parti Komunis Shanghai Chen Jining mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Stephane Bancel pada Rabu.

Saluran media China Yicai melaporkan pada Selasa bahawa Moderna akan membuat pelaburan pertamanya di China yang boleh mencecah sekitar AS$1 bilion (S$1.4 bilion).

Peluasannya ke tanah besar China diumumkan apabila pertumbuhan pendapatannya perlahan disebabkan oleh permintaan global yang semakin merosot untuk vaksin COVID-19, satu-satunya produk syarikat AS itu yang diluluskan.

Moderna menyatakan bahawa ia berminat untuk menjual vaksin mRNA kepada China. Namun, syarikat itu dan rakan-rakan luar negaranya setakat ini telah diketepikan kerana Beijing berkeras mahu menggunakan hanya vaksin COVID-19 buatan China.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita